Sunday, January 29, 2012

Menelaah Erti Kepayahan

Orang kampung Aspen yang kreatif


Sewaktu Aspen berumur 11 tahun, Aspen pernah berjalan kaki menyorong basikal yang pancit dari sekolah ke rumah yang berjarak kira-kira 5 km.

Sewaktu duduk di asrama, Aspen mencatat setiap satu sen yang Aspen keluarkan dari poket hatta untuk membeli segelas air. Kebanyakan waktunya, Aspen mengambil lebihan makanan di dewan makan untuk dijadikan bekal makan tengahari sewaktu di sekolah.

Setiap kali cuti sekolah, Aspen menggunakan jalan yang jauh lebih payah untuk pulang ke kampung halaman asalkan ia lebih murah. Bergayutan di dalam 'bas angkut-angkut' yang berhenti di berbelas-belas stesen-stesen kecil sebelum sampai ke stesen bas Pekeliling, KL.

Aspen penat, letih...tapi Aspen dapat menerima semuanya dengan baik. Kepenatan dan keletihan itu rupanya menjadikan Aspen lebih tegar menghadapi kehidupan yang jauh lebih mencabar di usia-usia belia seperti kini.

Melihat generasi muda pada masa kini, ada kalanya Aspen rasa muak melihat kemanjaan mereka. Kata orang, pantang disergah, tergolek jatuh...dijentik sedikit meraung sekampung. Disuruh ke kedai, kalau tak ada kenderaan bermotor jangan harap ingin berjalan kaki atau mengayuh basikal.

Masing-masing sibuk dengan gadjet-gadjet canggih. Hatta ingin beritahu ibu-bapa tentang kelas tuisyen pun hanya melalui sms dengan perkataan-perkataan yang makin pendek dipendekkan.

Malas...lemah...lembik

mungkin menjadi bahasa mudah untuk ditujukan kepada generasi akan datang akibat kebergantungan yang berlebihan kepada teknologi.

Aspen juga berpendapat, teknologi dan modenisasi juga memungkinkan sifat kreatif dan inovatif generasi muda terbantut. Pernah tak kita terfikir bagaimana kreatif nya atuk moyang kita dulu mencipta pelbagai permainan tradisional hasil sikap gemar berekreasi di luar rumah?(Rekreasi sihat)

Allah telah menciptakan kita akal, dan teknologi adalah hasil kecerdikan akal yang berfungsi dengan baik dan zalim jika kita menolak teknologi. Namun...usah jadikan teknologi tunjang kehidupan kita dan menolak apa yang diajarkan oleh agama kita. Sewajibnya kita menunggang teknologi dengan berpandukan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya.

1 comment:

  1. Memang benar, jika dibandingkan tahap disiplin antara pelajar sekarang tidak sama dengan pelajar dahulu. Ramai yang menjadi terlalu manja dan tidak menghormati orang tua.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...