Alih2 baru2 ni bila datang balik ke Morib, agak terkejut dengan perubahan yang besar tetapi menarik untuk sebuah kawasan peranginan yang sudah agak lama terbengkalai.
Back to 1990s Morib masih lagi dikategorikan sebagai kawasan peranginan yang menarik. Walaupun tidak sehebat PD, Morib masih menjadi pilihan yang popular.Waktu tu, nak turun ke pantai bertangga batu yang besar. Seronok betul waktu tu.
Sekarang,
Kawasan jauh lebih cantik dan terjaga. Tapi Aspen nasihatkan kepada sesiapa yang nak mandi di Morib ni tolonglah berhati-hati. Kebetulan waktu Aspen pergi ni, air tengah surut....masyaAllah banyaknya
botol-botol kaca yang pecah di celah2 pasir.
Terus Aspen panggil abg Harith, Along ngan Deq Ya yang tengah syok main pasir naik. Seriau!!
Kenapalah ada manusia durjana buang botol dalam atau tepi-tepi pantai macam ni? Geram betul Aspen. Serik kalau kaki sendiri yang terluka agaknya....
Setuju ! Pantai Morib sangat cantik landskap yang terbaru ni. Dan saya berharap agar tandas awamnya dibuka 24 jam supaya senang mahu berkhemah kat situ hehehe ...
ReplyDeleteEn Azizan: Jaga2 ngan kaca ek...oo tandas dia x bukak malam ke? hehehhe...susahla plak
ReplyDelete