Sunday, February 26, 2012


Alhamdulillah...seronok sambutan maulid di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, 
mati2 ingat Dataran ni yang dekat ngan Plaza Alam Sentra tu...rupanya dekat ngan padang belakang muzium Shah Alam. Tapi apa2 pun alhamdulillah sebab berjaya sampai dan meraikan. 

Tegur sket orang2 Shah Alam ni, selalunya malam2 minggu kalau kat padang tu sikit punya ramaila ummat...awat aritu sume pakat tak mai no???

Sekali-sekala mehla kita join sambutan macam ni. Seronok woo dengar Ust Nadzmi bercerita tentang sirah Nabi Muhammad S.A.W...

Monday, January 30, 2012

Rindu Kekasih

 Indahnya ciptaan Allah SWT

Andai Rasulullah S.A.W masih hidup...bagaimana agaknya perasaan Baginda melihat kecelaruan umat Islam di merata-rata tempat di muka bumi ini?


(sedih....)


Bayangkanlah kalau Rasulullah S.A.W masih ada
Aspen rasa waktu tu takde satu pun parti politik yang relevan. Semuanya campak idup-idup dalam longkang
Apa nak relevan lagi?

Semua yang kononnya berjuang untuk agama, waktu ni kenalah buktikan pendirian sebenar...silap2 ada yang lari lintang pukang menyorok dalam selimut

yang pandai cakap sangat berdegar berdengung sana sini tentu senyapmembisu dan tunduk

yang berani-berani nak menyokong Israel tu, konon nak pertahankan keamanan negara Zionis tu, silap2 dah dinamakan sebagai golongan munafik yang wajar diperangi. Buta hati orang macam ni, negara Israel tak pernah wujud tahu!!

Kalau Rasulullah S.A.W masih ada

menjawablah pemimpin2 yang rasuah dan pecah amanah ni semua.
Kaum wanita yang namanya Islam tapitak berpakaian macam wanita Islam agaknya dah tersedu-sedu ketakutan. Hilang semua hijabista hijabista yang konon moden dan pandai berfesyen tu...apatah lagi yang berani sangat mendedah sana sini

Rancangan2 hiburan yang macam cendawan sana-sini confirm malu nak ke udara lagi
dah takde da betina-betina berkemban meliuk lentok atas karpet merah
semua merah padam malu disyarah

Kalau lah Rasulullah S.A.W masih ada

Mesti ramai orang Islam sendiri tak senang duduk. Sentiasa risaukan dosa yang disorok atau ibadah yang diamalkan secara terbuka untuk nama menjadi bahan amarah baginda

Kalau lah Rasulullah S.A.W masih ada

Para mujahadah yang berjuang bermati-matian demi agama pasti akan menangis hiba kerana terlalu gembira
Maka menjadi2 la semangat syahid mereka. Akan dibuang terus dunia ini lantas berpusu-pusu mendapatkan Rasulullah S.A.W demi sekadar menatap wajahnya

(sedih....)

Ya Rasulullah S.A.W

Tuan tidak perlukan selawat kami
sebaliknya Tuan yang memberikan syafaat kepada kami
Namu selawat dan salam kami

lahir dari hati yang merinduimu...

Andai Tuan masih ada...

Boleh kah kiranya Tuan bawa patik pergi dari dunia fana ini???

Sunday, January 29, 2012

Menelaah Erti Kepayahan

Orang kampung Aspen yang kreatif


Sewaktu Aspen berumur 11 tahun, Aspen pernah berjalan kaki menyorong basikal yang pancit dari sekolah ke rumah yang berjarak kira-kira 5 km.

Sewaktu duduk di asrama, Aspen mencatat setiap satu sen yang Aspen keluarkan dari poket hatta untuk membeli segelas air. Kebanyakan waktunya, Aspen mengambil lebihan makanan di dewan makan untuk dijadikan bekal makan tengahari sewaktu di sekolah.

Setiap kali cuti sekolah, Aspen menggunakan jalan yang jauh lebih payah untuk pulang ke kampung halaman asalkan ia lebih murah. Bergayutan di dalam 'bas angkut-angkut' yang berhenti di berbelas-belas stesen-stesen kecil sebelum sampai ke stesen bas Pekeliling, KL.

Aspen penat, letih...tapi Aspen dapat menerima semuanya dengan baik. Kepenatan dan keletihan itu rupanya menjadikan Aspen lebih tegar menghadapi kehidupan yang jauh lebih mencabar di usia-usia belia seperti kini.

Melihat generasi muda pada masa kini, ada kalanya Aspen rasa muak melihat kemanjaan mereka. Kata orang, pantang disergah, tergolek jatuh...dijentik sedikit meraung sekampung. Disuruh ke kedai, kalau tak ada kenderaan bermotor jangan harap ingin berjalan kaki atau mengayuh basikal.

Masing-masing sibuk dengan gadjet-gadjet canggih. Hatta ingin beritahu ibu-bapa tentang kelas tuisyen pun hanya melalui sms dengan perkataan-perkataan yang makin pendek dipendekkan.

Malas...lemah...lembik

mungkin menjadi bahasa mudah untuk ditujukan kepada generasi akan datang akibat kebergantungan yang berlebihan kepada teknologi.

Aspen juga berpendapat, teknologi dan modenisasi juga memungkinkan sifat kreatif dan inovatif generasi muda terbantut. Pernah tak kita terfikir bagaimana kreatif nya atuk moyang kita dulu mencipta pelbagai permainan tradisional hasil sikap gemar berekreasi di luar rumah?(Rekreasi sihat)

Allah telah menciptakan kita akal, dan teknologi adalah hasil kecerdikan akal yang berfungsi dengan baik dan zalim jika kita menolak teknologi. Namun...usah jadikan teknologi tunjang kehidupan kita dan menolak apa yang diajarkan oleh agama kita. Sewajibnya kita menunggang teknologi dengan berpandukan ajaran Islam dengan sebaik-baiknya.

Thursday, January 26, 2012

Waktu yang Dingin

 Pantai Remis Klang: Ini bukan waktu subuh...

sebelum Subuh yang hening....


Waktu ini waktu mustajab untuk berdoa pada yang Khaliq
Waktu ini Allah bukakan pintu rezeki yang sangat luas untuk hamba2Nya
Waktu ini...menangis dan merintihlah padaNya kerana Dia Maha Mendengar

Kita ini hamba
Kita ini hamba
hamba
hamba
hamba
hamba
hamba
hamba

Dari Aisyah dari Nabi s.a.w sabdanya “ Dua rakaat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seisinya .” (HR Muslim ) Dan pada suatu lafaz “ Kedua rakaat tersebut lebih aku cintai daripada dunia ini seluruhnya .”

Wednesday, January 25, 2012

Being Out Dated

adakah Nasi Lemak akan dikategorikan sebagai 
makanan ketinggalan zaman pada tahun 3000 ?

Pernah pakai baju t-shirt panjang but one of my jantan colleague at office kata 'Pakai baju tidur ke?'
wat muka sket....but Aspen sambut dengan jawapan 'cubala pakai baju tido ko dtg keje...selesa gila...'
 

sometimes ada colleagues dr key el datang dgn mini skirts and cardigans kait & tube my same colleague kata 'wow!! urban giler..ni baru key el ok!!'
 

kadang2 dia tanya
 
'Taknak cuba pakai kebaya sekurang2nya ?? '

 
Aspen jawab 'Takperla...aku ni out dated orgnya!'

Tuesday, January 24, 2012

Kerdilnya Manusia

Kita ini kerdil...

Pernah atau tidak sesekali terlintas di fikiran kita betapa kerdilnya kita sebagai manusia.

Jika dinilai amal ibadah kita selama berpuluh-puluh tahun kita hidup...
Apakah layak kita memohon syurga dari-Nya ?

Bersantai di Pantai Morib, Banting, Selangor




Aspen rasa, kali terakhir Aspen jejak kaki ke Pantai Morib ni waktu adik bongsu Aspen tu x kawin lagi...masih belajar kat UITM part 1 kot.

Alih2 baru2 ni bila datang balik ke Morib, agak terkejut dengan perubahan yang besar tetapi menarik untuk sebuah kawasan peranginan yang sudah agak lama terbengkalai.

Back to 1990s Morib masih lagi dikategorikan sebagai kawasan peranginan yang menarik. Walaupun tidak sehebat PD, Morib masih menjadi pilihan yang popular.Waktu tu, nak turun ke pantai bertangga batu yang besar. Seronok betul waktu tu.

Sekarang,
Kawasan jauh lebih cantik dan terjaga. Tapi Aspen nasihatkan kepada sesiapa yang nak mandi di Morib ni tolonglah berhati-hati. Kebetulan waktu Aspen pergi ni, air tengah surut....masyaAllah banyaknya
botol-botol kaca yang pecah di celah2 pasir.

Terus Aspen panggil abg Harith, Along ngan Deq Ya yang tengah syok main pasir naik. Seriau!!

Kenapalah ada manusia durjana buang botol dalam atau tepi-tepi pantai macam ni? Geram betul Aspen. Serik kalau kaki sendiri yang terluka agaknya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...