Thursday, June 9, 2011

The Unbeatable View from Angkasa

2-3 hari sebelum, kakak2 Aspen da mula sibuk bercerita tentang Restoran Berputar KL Tower. Aspen pernah sampai KL Tower ni adalah 3 kali...tapi sampai takat 1st floor ajerla...x sempat masuk lift pun. Ikut bulan memangla sengkek, tapi dek memikirkan ramai yang join dan experiences for anak2...I followwwww...

Kami sampai jam 3 petang. Waktu tu hujan rintik2 tapi masih ramai visitors.
Si adik boleh tetiba pulak tertinggal kasut. Aduhhh.....kelam-kabut sgt nak naik keta auntie dia...semua pun tertinggal. Nasib baiklah ada byk souvenirs shop kat 1st floor. Mata da mula menjeling2 beg2 kain yang cantik tergantung2...tapi dek kerana limited fund....sambar ajerla slipper utk adik.




Jam 3:15 baru elevator buka untuk pengunjung yang nak naik ke Restoran. Jadi sementara menunggu, Aspen dan family p tengok 'wayang'. Ada satu mini wayang which explain tentang building history of KL Tower.

Tepat2 3:15 petang, kami pun naik lift terus ke tingkat 52. Fuh...laju woooo....

Apa Yang Aspen Makan ?

Food serves  including Malay, Chinese, Indian and Western cuisine. Jadi pilihan utama Aspen da tentu la my favourite cuisine, Chinese Cuisine. Mata terus ternampak Shark Fin Soup !! Walaupun imitate one, tapi tetap delicious Mylovelicious !! Hehehehe.... kauh dia x lah ceroi (bak kata org Kedah), isi pun byk.

Aspen beralih pulak pada Kuih Coq (Cucur) Badak. Perghhh....udang saiz L depa pakai!! Memang lembut dan mengancam.

Makan Nasi goreng di Angkasa ni rasa lain pulak. Makin sedap walaupun Aspen tau...rempah nye sama je macam yang dimasak di bawah. Selesai nasi dan sedikit Sup Yong Tau Fu, Kopi pekat dihirup panas2 bersulam Lemang, Nasi himpit dan Rendang Daging.

Awesome Imitate Shark Fin Soup



Rojak Buah




Yong Tau Fu Soup 


Coq (Cucur) Udang L size


Variation of desert

Dalam 5 bintang...Aspen boleh bagi 3 dari segi rasa, tapi 4 dari segi persembahan.

Why Angkasa? 
Ish...mana la lagi nak dpt view macam ni? Sambil menikmati teh tarik dan fresh orange...serta Strawberry Icecream  ? Susah dik....Da rasa agak2 kenyang round pertama...Aspen mula snap gambar sana sini...So teruja tengok pemandangan dari atas.

Adik katanya da jadi CICAK ! Dok meniarap atas cermin restaurant. Suka betul Along dan Adik menikmati sceneries indah ciptaan Illahi.


Along leaning on the mirror wall


Adik dan kakak Wawa asyik viewing the scenery from above




Berapa Aspen kena?
Pakej yang Aspen dan family ambik ni untuk adult ialah RM55.70 dan untuk anak2 seorang RM33.70. Jadi Aspen kena lebih kurang RM 178.80.

Berbaloi ke?
Sangat. Walaupun a bit expensive..tetapi sangat puas ati dengan tempat, makanan dan layanan.

Those who interested to come to this Revolving Restaurant, you can click here.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...