Indahnya ciptaan Allah SWT
Andai Rasulullah S.A.W masih hidup...bagaimana agaknya perasaan Baginda melihat kecelaruan umat Islam di merata-rata tempat di muka bumi ini?
(sedih....)
Bayangkanlah kalau Rasulullah S.A.W masih ada
Aspen rasa waktu tu takde satu pun parti politik yang relevan. Semuanya campak idup-idup dalam longkang
Apa nak relevan lagi?
Semua yang kononnya berjuang untuk agama, waktu ni kenalah buktikan pendirian sebenar...silap2 ada yang lari lintang pukang menyorok dalam selimut
yang pandai cakap sangat berdegar berdengung sana sini tentu senyapmembisu dan tunduk
yang berani-berani nak menyokong Israel tu, konon nak pertahankan keamanan negara Zionis tu, silap2 dah dinamakan sebagai golongan munafik yang wajar diperangi. Buta hati orang macam ni, negara Israel tak pernah wujud tahu!!
Kalau Rasulullah S.A.W masih ada
menjawablah pemimpin2 yang rasuah dan pecah amanah ni semua.
Kaum wanita yang namanya Islam tapitak berpakaian macam wanita Islam agaknya dah tersedu-sedu ketakutan. Hilang semua hijabista hijabista yang konon moden dan pandai berfesyen tu...apatah lagi yang berani sangat mendedah sana sini
Rancangan2 hiburan yang macam cendawan sana-sini confirm malu nak ke udara lagi
dah takde da betina-betina berkemban meliuk lentok atas karpet merah
semua merah padam malu disyarah
Kalau lah Rasulullah S.A.W masih ada
Mesti ramai orang Islam sendiri tak senang duduk. Sentiasa risaukan dosa yang disorok atau ibadah yang diamalkan secara terbuka untuk nama menjadi bahan amarah baginda
Kalau lah Rasulullah S.A.W masih ada
Para mujahadah yang berjuang bermati-matian demi agama pasti akan menangis hiba kerana terlalu gembira
Maka menjadi2 la semangat syahid mereka. Akan dibuang terus dunia ini lantas berpusu-pusu mendapatkan Rasulullah S.A.W demi sekadar menatap wajahnya
(sedih....)
Ya Rasulullah S.A.W
Tuan tidak perlukan selawat kami
sebaliknya Tuan yang memberikan syafaat kepada kami
Namu selawat dan salam kami
lahir dari hati yang merinduimu...
Andai Tuan masih ada...
Boleh kah kiranya Tuan bawa patik pergi dari dunia fana ini???